Cara Untuk Meningkatkan Kemahiran Insaniah

kemahiran insaniah

Kemahiran Insaniah (soft skills), selain daripada pencapaian akademik,  tidak kurang pentingnya. Oleh itu, seseorang dapat dinilai dan dilihat keupayaan melalui kemahiran insaniah. Untuk itu, tidak hairanlah jika seseorang yang mempunyai kemahiran insaniah yang mencukupi adalah lebih berharga walaupun tidak mempunyai pencapaian akademik yang tinggi.

Sesungguhnya pasti anda telah mendengar banyak kisah atau kejayaan seseorang yang tidak berpelajaran tinggi, betul?

Seorang pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik perlu juga meningkatkan diri dengan kemahiran insaniah. Sudah pasti mereka akan menjadi lebih berharga apabila cemerlang dalam bidang akademik dan kemahiran insaniah.

Apa itu Kemahiran Insaniah (Soft Skills)?

Kemahiran Insaniah merangkumi aspek-aspek kemahiran generik. Walaupun tidak terdapat suatu senarai kemahiran khusus tentang kemahiran insaniah, namun kebanyakannya berkait dengan penguasaan kemahiran seperti kepemimpinan, kerjasama berpasukan, komunikasi dan pembelajaran berterusan.

Secara umumnya tidak terdapat definisi yang tepat bagi terma soft skills atau Kemahiran Insaniah. Walaubagaimanapun, soft skills adalah dikaitkan dengan trait personaliti individu, bijak berkomunikasi, pandai mendapatkan kenalan, berdaya tahan dan berinovatif.

Kemahiran insaniah adalah pelengkap kepada hard skills yang juga merupakan keperluan teknikal untuk mendapatkan pekerjaan.

Mengapakah Kemahiran Insaniah penting?

Mempelajari kemahiran insaniah merupakan proses sepanjang hayat, ia dapat membantu anda membuat persediaan untuk berjaya bukan sahaja dalam kehidupan akademik, tetapi juga di tempat kerja.

Beberapa perkara remeh seperti masuk kerja tepat pada waktunya, menyiapkan tugas mengikut waktu yang ditetapkan, memaklumkan pihak atasan sekiranya tidak dapat hadir ke kerja, dan bekerjasama dengan rakan kerja lain, semuanya perlu anda pelajari. Dengan membekalkan anda dengan kemahiran insaniah yang diperlukan, anda dapat hidup dengan menyesuaikan diri kepada perubahan suasana. Selain itu, anda juga lebih bersedia untuk belajar daripada pengalaman.

5 cara meningkatkan Kemahiran Insaniah

Berikut adalah 5 cara yang boleh dilakukan bagi meningkatkan kemahiran insaniah (Soft Skills) anda.

1) Sertai organisasi

Anda boleh mula dengan menyertai apa saja kumpulan, kelab atau yang berkaitan. Sesuatu yang simple, anda selesa dan anda suka. Dari sini anda akan belajar banyak perkara berkaitan dengan interaksi dengan orang lain. Bukan itu sahaja, selain menghargai perbezaan dan pendapat orang lain, anda juga akan menjadi insan yang lebih bijak. Semuanya perlu dipupuk melalui pengalaman.

2) Minta penilaian dari seseorang yang paling dekat dengan anda tentang anda

Tidak ada salahnya dengan meminta seseorang yang dekat dengan anda untuk menilai keperibadian anda. Minta penilaian yang jujur daripada mereka. Anda juga tidak sepatutnya terluka dengan penilaian yang mereka berikan. Anda hanya perlu cuba mengubah sikap dan watak buruk anda. Ingat, ini tidak bermakna anda mengubah diri anda. Tetapi, anda berubah menjadi insan yang lebih baik. Perubahan adalah demi diri anda yang membawa kepada yang lebih baik dan positif.

3) Berlatih menerima dan memberi kritikan positif

Adalah bijak jika anda sentiasa berfikir secara positif terhadap input dan kritikan membina daripada orang lain. Kita mesti faham bahawa sikap kita berbeza dan sudah tentu penilaian orang lain adalah berbeza. Dalam kehidupan, anda perlu cuba untuk melihatnya dari sudut positif. Kerana, anda hanya akan kalah jika selalu melihat kritikan sebagai satu penghinaan. Jangan sekali-kali merasa lebih rendah daripada kritikan. Perubahan ke arah yang lebih baik memerlukan masa.

Selain dari cuba menerima kritikan, anda juga perlu berhati-hati dalam menilai seseorang. Kritikan mesti dikemukakan dengan baik, positif dan membina. Jangan sesekali anda mengkritik seseorang dengan cara yang “licik” dan menyakitkan hati. Itu hanya akan membuatkan anda terpencil dari kumpulan anda.

4) Belajar untuk menghargai dan mendengar orang lain

Seseorang yang ingin meningkatkan kemahiran ini harus juga menghormati orang lain. Dia harus berusaha dan terus belajar untuk melihat dengan cara pelbagai dimensi. Anda tidak boleh berfikir bahawa anda sahaja yang selalu betul. Anda juga perlu berlatih menjadi pendengar yang baik. Jangan hanya mahu didengarkan, tetapi komunikasi bersama harus dicari.

5) Berkomunikasi dengan baik, jelas dan betul

Etika dalam berkomunikasi adalah yang paling utama. Kawalan lisan anda akan membawa kepada kawalan sikap anda. Untuk itu, mulakan segala-galanya dengan komunikasi yang baik. Selain menjadi baik, kejelasan dan kejujuran ucapan anda juga perlu diutamakan. Sekiranya begitu, maka semakin lama anda berkomunikasi maka anda akan berubah menjadi watak yang disukai.

Saya sudah kongsikan 5 cara yang boleh kita cuba untuk meningkatkan kemahiran insaniah. Jadi, anda pasti mahu segera mencuba tips tersebut di atas untuk menjadi insan yang lebih berharga kan? Jom, cuba dan menjadi insan yang mempunyai nilai lebih.

Speak Your Mind

*