Halangan Utama Tukar Pekerjaan

pekerjaan

Kajian Trend Bakat 2016 mendapati sebanyak 44 peratus rakyat Malaysia tukar pekerjaan disebabkan tidak mengetahui kerja yang dilakukan dan tidak jelas dengan kehendak majikan. Ini dikeluarkan oleh rangkaian profesional terbesar dunia, LinkedIn.

Berdasarkan kaji selidik itu juga, sebanyak 41 peratus responden menyatakan kurang mendapat maklum balas daripada pihak syarikat selepas menghantar permohonan kerja.

Menurut Pengarah Kanan Penyelesaian Bakat LinkedIn Asia Pasific dan Jepun, Feon Ang, kajian itu dijalankan untuk mengetahui keperluan pencari kerja dan kehendak atau harapan majikan.

Pelatih pekerja dan majikan perlu tahu apa yang dicari oleh bakat-bakat ini. Mereka perlu memahami motivasi dan aspirasi setiap calon dan menggunakan pengetahuan yang ada untuk memastikan bakat utama mereka berpuas hati dan terlibat dalam proses pengambilan.

Berdasarkan kajian tersebut, 95 peratus rakyat Malaysia berminat dengan pekerjaan baharu tetapi hanya 33 peratus yang aktif mencari kerja.

Kaji selidik itu juga mendapati, sebanyak 21 peratus golongan professional mengetahui tentang pekerjaan baharu melalui pekerja di syarikat berkenaan, manakala 16 peratus agensi pekerjaan dan 14 peratus pula melalui laman web atau dalam talian.

Selain itu, didapati 63 peratus responden akan cuba memahami pekerjaan yang dimohon menerusi laman web syarikat dan 58 peratus responden pula memilih untuk mengemaskini resume mereka sebagai langkah seterusnya.

Berdasarkan kaji selidik itu, sebanyak 35 peratus responden lebih gemar mengambil tidakan selepas membaca artikel dalam talian berkenaan syarikat, manakal 31 peratus memilih untuk bercakap terus dengan majikan sedia ada tentang pekerjaan tersebut.

Jika dibandingkan di peringkat global, sebanyak 71 peratus professional Malaysia mempunyai kecenderungan untuk mempelajari budaya dan nilai sesebuah syarikat berbanding faedah yang ditawarkan dan kepimpinan eksekutif.

[Sumber: Kajian Trend Bakat 2016 oleh LinkedIn]

Speak Your Mind

*