Lebih 36,000 Pekerja Diberhentikan Kerja Pada Tahun 2015

diberhentikan kerja

Dianggarkan kira-kira 36,570 pekerja diberhentikan kerja tahun lalu dengan 16,789 daripadanya melalui pembuangan dan 19,781 orang lagi menerusi Skim Pemberhentian Sukarela (VSS).

Menurut Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF), setiap tahun kira-kira 15,000 hingga 16,000 pekerja diberhentikan kerja, manakal kadar pengangguran ialah 3.1 peratus.

Mengulas perkembangan tersebut Ketua Eksekutif HRDF berkata trend pemberhentian pekerja yang melanda kebelakangan ini meliputi pelbagai sector di dalam mahupun luar Negara disifatkan sebagai fenomena biasa mengambil kira perkembangan teknologi terkini.

Industri minyak dan gas (O&G) menerima impak tinggi dari segi pekerja diberhentikan kerja lebih-lebih lagi susulan kejatuhan mendadak harga minyak dunia.

Walau bagaimanapun, punca pembuangan pekerja bukan sahaja disebabkan oleh factor ekonomi semata-mata. Sebaliknya evolusi teknologi yang berlaku dari semasa ke semasa tutut memberi kesan kepada pekerja terutama dalm sector perkilangan dan pembuatan.

Seperti contoh penggunaan pita video atau kaset pada awal 1990-an yang kini tidak relevan menyebabkan penghasilan produk berkenaan telah dihentikan.

Jumlah pekerja yang diberhentikan kerja sepanjang tahun lalu bukanlah satu perkara yang membimbangkan kerana apabila sesebuat peroduk berkenaan tidak lagi boleh dijual di pasaran, maka pekerja kilang yang memiliki kemahiran untuk menghasilkan produk itu tidak diperlukan.

Peralihan teknologi kepada penghasilan alat yang lebih canggih justeru memulakan seseorang individu untuk mempelajari kemahiran baru dengan pantas.

Dalam pekembangan lain,Pusat Penempatan 1Malaysia atau 1Malaysia Outplacement Centre (OPC) di bawah HRDF akan dilancarkan Ogos ini.

Kerajaan meluluskan peruntukan RM77 juta kepada OPC untuk memberi latihan kemahiran diperlukan golongan yang diberentikan kerja bagi membolehkan mereka kembali mendapat pekerjaan.

Kira-kira 8,000 individu yang diberhentikan kerja akan dibantu untuk memperoleh kemahiran melalui pelbagai latihan agar mereka dapat memasuki pasaran pekerjaan.

Apabila program itu berjalan sepenuhnya, lebih banyak pusat serupa yang akan dibuka di seluruh Negara memandangkan kini ia hanya terdapat di Kuala Lumpur.

[Sumber: Utusanbiz]

Speak Your Mind

*