30 Soalan Penting Temuduga Separa Perubatan

temuduga separa perubatan

Keputusan peperiksaan online Separa Perubatan sudah diumumkan oleh SPA beberapa hari yang lepas. Calon-calon yang sudah berjaya melepasi tapisan pertama perlu membuat persediaan untuk menghadapi tapisan kedua iaitu temuduga Separa Perubatan.

Sebanyak 30 soalan temuduga Separa Perubatan yang kerap ditanya dikumpul dan dihimpunkan sebagai panduan calon-calon temuduga untuk dijadikan rujukan persediaan sebelum menghadapi tapisan temuduga.

1. Perkenalkan diri dan latarbelakang anda secara ringkas dan padat.
2. Semasa di sekolah dan di kolej, apakah aktiviti ko-kurikulum yang anda sertai?
3. Nyatakan 3 sebab utama anda berminat dengan Separa Perubatan.
4. Menurut kelulusan anda, adakah anda memiliki kesemua kelayakan yang digariskan oleh SPA?
5. Beri 3 ciri-ciri yang digariskan untuk memasuki latihan Separa Perubatan?

6. Jika anda dilantik menjadi jururawat, bagaimana anda melayan karenah pesakit yang berbeza usia?
7. Beri 3 bidang dalam latihan Separa Perubatan yang anda mahir tentangnya.
8. Namakan 3 kolej latihan Separa Perubatan yang anda tahu.
9. Apakah 3 perbezaan di antara hospital dan klinik?
10. berikan 3 keistimewaan Klinik 1Malaysia yang ditubuhkan semasa era kepimpinan Perdana Menteri ke 6.

11. Bagaimana demam Malaria menjangkiti manusia dan terangkan 3 kaedah mudah untuk mencegahnya?
12. Siapakah nama Menteri Kesihatan di Malaysia yang terbaru?
13. Bagaimana pula dengan nama Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia yang terkini?
14. Air yang tercemar mendatangkan pelbagai penyakit, berikan 3 contoh penyakit tersebut.
15. Namakan 3 kempen kesihatan yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

16. Paras gula yang berlebihan akan menyebabkan penyakit apa?
17. Namakan 3 jabatan yang ada di hospital kerajaan.
18. Ada 2 syif kerja di hospital kerajaan, mahukah anda bekerja dalam situasi tersebut?
19. Huraikan kedudukan makanan yang terendah dan yang tertinggi dalam piramid makanan.
20. Ceritakan misi dan visi bagi KKM.

21. Jelaskan 3 peranan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).
22. Apa yang anda faham mengenai Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)?
23. Apakah 3 kelebihan diri anda jika dibandingkan dengan calon-calon Separa Perubatan yang lain?
24. Bagaimana anda mengatasi kelemahan diri anda?
25. Berikan 3 cara anda meningkatkan keyakinan diri anda.

26. Apakah kelebihan kerjaya Separa Perubatan dengan kerjaya lain?
27. Apakah pandangan anda mengenai sistem pendidikan perubatan di Malaysia?
28. Berikan 3 cadangan anda untuk meningkatkan kesedaran kesihatan di Malaysia.
29. Jika anda seorang mekanik, apakah langkah keselamatan yang perlu diambil sebelum membaiki kerosakan pada kenderaan?
30. Apakah pencapaian diri anda yang dibanggakan dan boleh memberi inspirasi kepada orang lain?

Itu adalah contoh soalan penting temuduga yang boleh anda gunakan untuk latihan sebelum menghadiri temuduga sebenar Separa Perubatan. Anda juga harus mendapatkan ebook Contoh Soalan Dan Teknik Menjawab Soalan Temuduga Separa Perubatan supaya anda dapat membuat persediaan yang secukupnya.

Speak Your Mind

*