Contoh Soalan Temuduga Kerajaan

soalan temuduga

Kami telah kumpulkan contoh-contoh soalan temuduga kerajaan yang pernah ditanya oleh penemuduga sebelum ini. Pastikan anda baca dan faham semua soalan. Ia bukan hanya soalan tetapi disertakan dengan contoh jawapan sebagai rujukan.

1. Sila terangkan mengenai diri anda.
Sejak dari bangku sekolah lagi, saya telah berusaha membentuk kerjaya untuk menjadi seorang jurutera yang akan berkhidmat kepada Negara Malaysia.
Untuk mencapai matlamat saya, saya telah mengambil pengajian dalam Diploma Kejuruteraan Awam dan 3 tahun selepas itu, saya menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam di UiTM.
Saya belajar bersungguh-sungguh sehingga mendapat keputusan yang cemerlang dalam pengajian saya.
Saya mempunyai pengalaman 3 tahun bekerja dalam bidang kejuruteraan awam di sektor swasta di mana saya terlibat dalam projek-projek pembangunan bangunan.
Saya yakin, dengan gabungan akademik saya dan pengalaman yang ada, saya mampu untuk memikul tanggungjawab yang diberi sekiranya saya berjaya mendapatkan kerja dalam sektor awam ini.

2. Apakah yang anda sertai semasa bersekolah / mengaji di universiti dahulu? Adakah anda seorang yang aktif?
Ya, saya seorang yang sangat aktif. Di sekolah , saya aktif dalam pasukan kadet polis dan selalu menyertai perbarisan di mana-mana acara. Selain itu juga saya seorang yang aktif dalam persatuan Taekwondo di universiti dan banyak memenangi kejohanan yang sering dianjurkan oleh pihak universiti. Semasa bekerja pula, setiap petang saya akan ke gimnasium untuk bersukan dan beriadah demi meningkatkan dan memelihara kesihatan saya.

3. Bolehkah anda terangkan mengenai projek akhir tahun anda di universiti?
Projek akhir tahun saya adalah mengenai kajian kes yang bertajuk “Groundwater Monitoring at Pulau Burung Landfill Area”. Projek ini mengambil masa setahun untuk diselesaikan. Projek ini dijalankan bagi mengetahui sama ada sumber air bawah tanah di kawasan tempat pelupusan sampah di Pulau Burung adalah selamat dari pencemaran atau tidak. Daripada hasil kajian ini, didapati air bawah tanah di sini tidak tercemar di tahap yang tinggi dan ianya masih selamat mengalir ke dalam sungai berdekatan.

4. Adakah anda mempunyai rancangan untuk melanjutkan pelajaran anda?
Ya, saya telah mendapat Ijazah Sarjana Kejuruteraan Awam, dan sekarang saya sedang merancang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD. Saya merasakan dengan berkhidmat di sektor awam, peluang saya untuk melanjutkan pelajaran lebih terbuka dan seterusnya dapat menyumbang kepakaran kepada jabatan setelah tamat pengajian kelak.

5. Apakah tugasan paling sukar yang pernah anda selesaikan dan apakah peranan utama anda?
Projek penyelidikan saya merupakan satu tugasan yang paling mencabar kerana ia begitu kompleks. Saya mengambil masa dua semester untuk menyiapkannya dan saya sangat sibuk dalam proses penyiapannya. Saya terpaksa membuat banyak keputusan sendiri tanpa bantuan daripada sesiapapun. Akhirnya, penyelidikan saya berjaya disiapkan dan mendapat markah penilaian yang tinggi. Saya sungguh puas hati dengan hasil kerja saya walaupun ianya sangat sukar.

6. Apa hobi awak?
Hobi saya adalah membaca buku. Saya suka membaca buku berkenaan motivasi. Buku-buku yang menjadi kegemaran saya adalah buku tulisan Dato Fazilah Kamsah, Dr Tuah Iskandar, dan juga buku pakar motivasi Anthony Robin. Dengan membaca buku motivasi sebegini, saya dapat meningkatkan keyakinan saya dalam melakukan apa-apa sahaja dalam kehidupan seharian, terutamanya semasa bekerja. Saya menjadi lebih berani, yakin, kreatif, berwawasan dan seterusnya ini semua menyumbang dalam kecemerlangan kerjaya saya.

7. Apakah persediaan yang anda buat untuk temuduga ini?
Persediaan yang saya buat untuk temuduga ini adalah saya mencari maklumat tentangnya di Internet, membaca buku panduan temuduga, bertanya kepada rakanrakan yang ada pengalaman temuduga, membaca isu semasa di akhbar, dan bermacam-macam lagi persediaan yang saya buat. Ianya bukan sahaja merangkumi soal zahir saja, saya juga membuat persediaan dari segi mental juga kerana saya tahu bahawa temuduga ini sangat mencabar dan tinggi persaingannya. Hanya yang terbaik sahaja yang akan berjaya, dan sebab itulah saya mesti menjadi yang TERBAIK.

8. Adakah anda gemar untuk bekerja bersendirian ataupun secara berkumpulan?
Saya mudah bergaul dengan sesiapa sahaja. Saya seorang yang boleh bertolak ansur dan menghormati keputusan kerja orang lain di sekeliling saya. Bekerja secara berkumpulan, saya amat sukakannya kerana ianya dapat memberi lebih banyak idea untuk membentuk idea yang terbaik. Saya juga tidak kisah jika bekerja seorang diri kerana usaha saya ini akan menjadikan diri saya lebih kreatif, inovatif dan lebih berdikari.

9. Apa kelebihan diri?
Setiap orang pasti memiliki kelebihan tersendiri.Begitu juga dengan saya.Kelebihan saya adalah saya mudah berkerjasama, mudah mesra dengan orang, bertanggungjawab, dan bercita-cita besar dalam kehidupan. Saya yakin dengan kelebihan saya ini, terutamanya bercita-cita besar ataupun THINK BIG, ianya mampu meningkatkan kecemerlangan saya dalam kerjaya. Kerjaya saya yang cemerlang juga turut membawa kesan yang cemerlang kepada organisasi yang saya sertai.

Macam mana? Anda nak tahu lagi 41 contoh soalan temuduga kerajaan?

Jika semua jawapan anda adalah positif, saya mudahkan lagi untuk anda. Saya sudah sediakan satu ebook khas contoh soalan temuduga kerajaan yang anda boleh download serta-merta dan ia adalah PERCUMA. Semua soalan ada di dalam ebook tersebut.

Jika berminat, klik DISINI untuk maklumat lanjut. Semoga contoh-contoh soalan temuduga kerajaan ini memberi manfaat kepada anda.

Speak Your Mind

*