Tips Temuduga Swasta dan Kerajaan; Cara Tinggalkan Tanggapan Baik

tips temuduga swasta

Di dalam artikel ini, tips temuduga swasta dan kerajaan. Jika ingin membentuk tanggapan yang baik kepada bakal majikan terhadap diri anda, ada beberapa perkara yang anda boleh lakukan, antaranya:

Pertama, sampai awal ke tempat temuduga. Jangan sampai lewat. Apabila anda sampai awal, anda akan di pandang sebagai seorang yang menepati masa.

Kedua, berpakaian seperti seorang yang professional. Jangan pandang remeh hal pakaian kerana ada ia boleh memberi tanggapan yang buruk kepada diri anda jika anda berpakaian tidak kemas.

Ketiga, bawa beberapa set resume untuk dirujuk oleh panel temuduga. Memang anda sudah hantar resume pada mereka. Namun, ketika sesi temuduga mungkin ada beberapa orang yang akan menyoal anda. Pinjamkan set resume anda untuk mereka rujuk supaya senang mereka menilai diri anda.

Keempat, pastikan diri anda penuh dengan pengetahuan yang sepatutnya anda tahu.

Kelima, jangan risaukan calon – calon temuduga yang lain. Pedulikan mereka. Tumpukan pada diri anda sahaja. Jika anda memikirkan mereka, anda akan mula mengikut rentak mereka menjawab soalan kelak. Anda perlu jadi diri sendiri untuk meninggalkan tanggapan yang baik pada pihak penemuduga.

Keenam, jangan makan gula – gula atau mengunyah chew gum di tempat temuduga. Anda duduk diam dan tunggu sahaja dengan sabar giliran anda dipanggil.

Ketujuh, kawal pernafasan anda. Sebelum masuk bilik temuduga, anda tarik nafas dalam – dalam . Lepaskan nafas dengan kadar yang perlahan dan senyumkan bibir, tumpukan perhatian dan melangkah dengan penuh yakin. Katakan dalam hati yang anda boleh lakukannya. Ah tips temuduga swasta dan kerajaan yang sangat baik.

Kelapan, jangan cakap terlalu gopoh atau nampak seperti kelam kabut. Bercakap menggunakan nada yang tenang dan menggunakan ayat yang ringkas dan padat.

Kesembilan, mengucapkan terima kasih selepas tamat sahaja temuduga. Jangan lupa beri salam juga pada awal temuduga.

Tersebut di atas adalah tips temuduga swasta dan kerajaan bagi meninggalkan tanggapan yang baik kepada bakal majikan anda. Pastikan anda ingat baik-baik yer… Semoga berjaya!

Speak Your Mind

*

PELUANG KERJA KERAJAAN!

KAMI INGIN KONGSI INFO PERCUMA PELUANG KERJA KERAJAAN. KAMI TELAH BANTU LEBIH 68,000 PENCARI KERJA SEJAK TAHUN 2009!

DAFTAR SEKARANG DAN KAMI AKAN HANTAR MAKLUMAT TERUS KE EMAIL ANDA 

Pendaftaran Berjaya. Semak Email Anda Untuk Sahkan Pendaftaran